Monday 2 April 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2012

Pada hari Rabu bersamaan 28 Mac 2012, Pihak Sekolah Kebangsaan bersama Sekolah Agama dan Penduduk Kampung Panchor mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 2012M/1433H. Majlis ini dimulai dengan pertandingan mewarna bagi murid Prasekolah & Tahap 1. Manakala, pertandingan melukis poster bagi murid-murid tahap 2.

Seterusnya pada hari Khamis bersamaan 29 Mac 2012, majlis diteruskan lagi dengan mengadakan satu sesi forum yang bertajuk "Mulianya Akhlak Mu Ya Rasulullah" yang mana ahli Panelnya terdiri daripada Wakil SK, SA dan Kampung Panchor.

Kemuncaknya iaitu pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 yang mana majlis diteruskan dengan Perarakan mengelilingi kampung dengan diiringi Laungan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Majlis Anugerah sesi 2012


(Sinar Harian: 1 April 2012) 

-sila klik pada gambar untuk membaca lebih lanjut-

Monday 13 February 2012

Lencana Sekolah

 
Hasil Cipta : Jamian, Razali & Suzaimah


WARNA

KUNING : Melambangkan bahawa SK Panchor mempunyai kaitan rapat dengan kesultanan Melayu Melaka atau Johor Lama.

BIRU : Melambangkan warna rasmi Negeri Johor dan suasana kedamaian yang aman damai.

HIJAU : Melambangkan agama rasmi iaitu Agama Islam. Juga kawasan pertanian yang majoriti penduduk di kawasan ini bergantung pada hasil pertanian.

MERAH : Melambangkan keberanian, kegigihan dan semangat patriotilisme.



BENTUK


Gading Gajah : Asal usul kampung ini memperolehi namanya iaitu pancuran air daripada gading gajah

Tanjak : Melambangkan kampung ini pernah menjadi Ibu Negeri Kesultanan Johor Lama.

Graduan : Sekolah ini sebagai satu wadah kepada murid-murid untuk mendaki tangga kejayaan hingga ke menara gading.

Obor & Lima : Melambangkan penglibatan murdi-murid dalam bidang sukan dan Lima Bulatan kokurikulum yang lain hingga ke peringkat yang lebih tinggi

Thursday 9 February 2012

Hala Tuju Sekolah

VISI
"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"


MISI
"Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"


FALSAFAH
  • Memikul dengan penuh rasa bertanggungjawab Dasar Pelajaran Kebangsaan.
  • Menghayati keperluan murid,guru,masyarakat,agama dan bangsa.
  • Membentuk satu rupa bangsa Malaysia yang berorientasikan susila Melayu dari aspek-aspek :-BERFIKIR*BERTINDAK*BERTUTUR*BERUNDING*BERADABAN
  • Melatih sikap percayakan diri sendiri dan sikap berdikari melalui tanggungjawab yang diberikan oleh pihak sekolah.
  • Memupuk semangat dan amalan keislaman yang tulin dalam tiap-tiap individu Islam.

MATLAMAT
Membentuk sebuah organisasi yang bermotivasi dan berinovasi ke arah perubahan yang positif terhadap masyarakat, agama, bangsa, dan negara.

 
OBJEKTIF
  1. Meningkatkan pencapaian kognitif, afektif dan psikomotor di kalangan murid supaya menjadi individu yang berpelajaran dan pendidikan.
  2. Memupuk minat belajar yang berkekalan di kalangan murid.
  3. Mewujudkan golongan murid yang peka kepada perubahan.
  4. Menanam nilai yang tinggi terhadap kejayaan yang cemerlang.
  5. Meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik.
  6. Melahirkan murid yang taat setia kepada ibubapa, agama, bangsa dan negara.
  7. Mengurangkan tahap kemiskinan di kalangan masyarakat luar bandar.
  8. Menghapuskan buta huruf di kalangan masyarakat luar bandar.

Lagu Sekolah

Sekolahku Indah Permai
Di Lereng Bukit Di Tepi Sungai
Kami Belajar Beramai-Ramai
Hati Tenang Serta Damai

Asal Mula Nama Diberi
Gading Gajah Jadi Pancuran
Sehingga Kini Kekal Abadi
Kampong Panchor Jadi Sebutan

Kampong Tua Banyak Sejarah
Sultan Jalil Mula Bertakhta
Janganlah Jemu Janganlah Resah
Mencari Ilmu Bekalan Tua

Bila Ilmu Sudah Didapati
Janganlah Pula Meninggi Diri
Ikutlah Contoh Resmi Padi
Semakin Tunduk Semakin Berisi

Ikutlah Contoh Resmi Padi
Semakin Tunduk Semakin Berisi.