Thursday, 9 February 2012

Kronologi Guru Besar SK Panchor

Beberapa orang guru besar telah ditempatkan untuk bertugas di sekolah ini sejak ianya ditubuhkan sehingga sekarang. Mereka ialah:-


1
TN. HAJI ABD. RASHID BIN RANA
(1935 -1952)
2
TN. HAJI MOHAMMAD BIN ABU AMAN
(1952 -1956)
3
EN. OSMAN BIN HARUN
(1957 - 1963)
4
EN. OMAR BIN DAIM
(1964 - 1986)
5
EN. MUSTAFFA BIN ABU BAKAR
(1987 - 1988)
6
EN. ABDULLAH BIN HAJI MOHD. SAID
(1989 - 1993)
7
EN. RAHMAT BIN YUNOS
(01/02/94 - 6/06/94)
8
EN. HAROM BIN IKHSAN
(16/06/94 - 30/11/94)
9
EN. MAHADAN BIN SARI
(01/12/94 - 31/03/98)
10
EN. MOHD AZAZLAN B SHAMSUDDIN
(01/04/98 - 30/06/99)
11
EN. ADAM RAFIK THIAGARAJAH B ABDULLAH
(01/07/99 - 07/11/99)
12
EN. ABD RAHIM B HARON
(08/11/99 - 30/09/02)
13
EN. ASLAR BIN YUSOF
(01/10/02 - 30/05/03)
14
TUAN HAJI AHMAD BIN MOHD DON
(16/12/03 - 17/02/09)
15
EN. MOHD ZAWAWI BIN MUSA
(18/02/09 - Sekarang)

Kedudukan dan Luas Kawasan Sekolah


          Sekolah ini terletak berhampiran dengan sungai Johor di sebuah kampong tradisional. Perkataan ‘PANCHOR’ adalah berasal dari pancoran air yang mengalir daripada gading gajah yang terdapat di istana raja dahulu kala yang terdapat di situ.

Sekolah ini terletak di suatu kawasan seluas 0E 2R 2P dan jauhnya 32 Km dari bandar Kota Tinggi. Perhubungan ke sekolah ini pada asalnya adalah melalui Sungai Johor, tetapi kini melalui jalan ladang (tanah merah) sejauh 10 Km dari jalan utama yang menuju ke Desaru. Hanya pengangkutan persendirian sahaja yang sering masuk ke kampung atau ke sekolah ini.

Sejarah Penubuhan Sekolah

(Gambar ihsan Allahyarhan dari Tn Hj Abdullah Bin Abu Talib)

Sekolah Kebangsaan Panchor, Kota Tinggi telah dibuka pada bulan Januari tahun 1935. Seorang guru merangkap Guru Besar iaitu Encik Abdul Rashid bin Rana telah ditugaskan berkhidmat di sekolah ini. Bilangan murid ketika itu ialah seramai 30 orang.  Pada asalnya bangunan sekolah ini hanya diperbuat daripada papan dan beratapkan nipah. Bangunan ini telah didirikan secara gotong-royong oleh orang-orang kampong.

Sewaktu Perang Dunia Kedua meletus, sekolah ini telah ditutup, sebaliknya dijadikan pusat pemindahan orang-orang yang telah lari dari Johor Bahru dan Sungai Tiram. Bangunan sekolah ini kemudian telah dibakar oleh tentera Jepun.  Setelah perang tamat, Sekolah Melayu Kampong Panchor telah dibuka semula pada tahun 1945 oleh kerajaan. Bangunan sekolah pada ketika itu merupakan sebuah rumah kampong yang disewa oleh Jabatan Pelajaran Johor dengan kadar sewa RM 15.00 sebulan.

Pada Mac 1961, Jabatan Pelajaran Johor telah membina bangunan batu yang mengandungi dua bilik darjah. Pembukaan rasmi sekolah ini telah dilakukan oleh Y.B Dato’ Hj. Hassan Yunos, Menteri Besar Johor pada 12 Ogos 1963.  Di awal tahun 1985, dua buah bangunan pasang siap yang mengandungi empat buah bilik darjah telah dibina oleh Jabatan Pendidikan Johor dan ini merupakan bangunan tambahan kepada bangunan yang sudah sedia ada.

Menjelang akhir tahun 1999 bangunan baru 1 blok 4 tingkat dan 2 tingkat telah dibina dengan belanja RM 1.2juta. Projek ini merupakan projek mega di sekolah ini dan merupakan pembaharuan dalam menyediakan kelengkapan fizikal seperti pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, perpustakaan, bilik tayang, bilik muzik yang selesa dan berhawa dingin. Bangunan baru ini telah dapat digunakan pada April 2001.